Thursday 20 October 2011

Keangkuhan MBI Ketepikan Pembayar Cukai Taman Rishah

Sejak bemulanya tahun 2011,penduduk Taman Rishah runsing dan bimbang  akan projek pembinaan Gerai E-Kiosk yang dibina di hadapan kawasan perumahan mereka.Gerai ini kononya dibawah dibawa projek E-Kasih.Walaupun ia adalah nilai murni sebuah kerajaan negeri membina gerai bagi membantu golongon berpendapatan rendah,namun persoalaan dan isu yang terungkit adalah tempat ia dibina?,adakah ia mendapat restu penduduk sekitar.Penduduk membantah sejak bermulanya projek pembinaan ini,lokasi pembinaan gerai ini adalah di tepi jalan Raja Perempuan Mazwin yang berselekoh tajam,jalan ini padat penggunaanya dimana ia merupakan jalan utama ke destinasi sekitar Ipoh.Malah jalan ini juga tidak mempunyai 'double line',bongol mahupun lampu isyarat bagi menangani kenderaan yang laju dan menyediakan pesekitaraan yang selamat kepada semua.
Malah projek ini dimulakan tanpa apa-apa kebenaran mahupun satu papan tanda didirikan bagi makluman penduduk sekitar.Sebagai pembayar cukai,merek wajib dimaklumi terlebih dahulu.Dalam perkara ini,ia tidak berlaku.Pihak MBI seolah-olah mempunyai kuasa diktator menguatkuasakan dan mengarahkan apa-apa sahaja pembinaan dengan buta-tuli.Ini merupakan satu tindakan yang tidak  menghormati rakyat.Apabila ada sahaja tunggakan cukai,rakyat yang dihujani surat pelaksanan pembayaran.Mereka hanya dilayan sebagai hamba.Dalam kes ini ,apa sahaja pembinaan projek dibawah Majlis Bandaraya Ipoh di kawasan perumahan  perlu dituruti tanpa bantahan.Ini merupakan tingkah laku yang hina oleh MBI.
Gerai Kiosk Di Tepi Jalan

Surat Bantahan
Saudari Saras didatangi oleh penduduk Taman Rishah bagi menyelesaikan kemulut yang dihadapi.Jelas bagi PSM Jelapang ini merupakan satu projek  yang dibuat tanpa apa-apa pelan ataupun analisa yang sepatut dibuat bagi melaksanakan sesuatu projek.Saras bersama penduduk pada 23.8.2011 menghantar surat kepada pihak yang berkenaan untuk mempersoalkan rasionaliti pembinaan projek pembinaan ini di hadaan kawasan perumahan.Surat berkenaan mengariskan 7 persoalaan yang jitu.Seperti biasa surat ini tidak dilayan.Kemudian pada 5.9.2011,penduduk sekali lagi menghantar surat dan bejumpa dengan Dato Bandar iaitu Datuk Roshidi Hashim,hasil perbincangan penduduk dijanjkan akan satu jawapan dalam masa satu hari.Hari hanya menyusul namun jawapan tidak hadir,penduduk sekalilagi dikecewakan.Pada 9.9.2011 saudari Saras bersam menghantar surat dan bertanyakan 10 soalan yng amat rasional namun ia adalah sia-sia sahaja apabila ia diudarakan kepada si pekak.
Akibat serta kecewa dengan sikap Dato Bandar,penduduk melaporkan aduan polis terhadapnya pada 5.10.2011.Kini penduduk hanya kepada kuasa rakyat dalam memberhentikan projek yang merbahayakan nyawa penduduk serta pengguna kenderaan.Keangkuhan MBI dalam meneruskan projek yang merbahaya kepada rakyat adalah satu tindakan yang tidak prihatin dan tidak logik.

Walaupun isu ini sudah dibawa ke pihak kerajaan negeri seperti Menteri Besar Dr Zambry dan juga Exco Mah Hoon Soon,sehingga kini tiada sebarang jawapan daripada mereka.Penduduk masih bertekad untuk tidak membenarkan projek ini berterusan di kawsan perumahan mereka.













No comments:

Post a Comment