Friday 21 October 2011

MEMORANDUM KE JKR, SMK PUSING


KESELAMATAN PELAJAR-PELAJAR SMK PUSING.
MEMORANDUM DI SAMPAIKAN KEPADA JKR PERAK


Sekolah SMK Pusing  yang terletak behampiran dengan Lebuhraya Lumut Ipoh,seramai lebih kurang 1000  pelajar sedang menuntut di sekolah ini.Walaupun sekolah ini telah dibina pada 2002  dan beroperasi sejak tahun berkenaan,tiada sebarang factor keselamatan mahupun insiatif diambil selepas pembinaan.Ia tidak dipedulikan mahupun  diambil tahu oleh pihak yang sepatutnya bertanggungjawab seperti pihak JKR ,JPN.

Bagi mendesak pihak JKR Perak,hari ini 21.10.2011 penduduk kawasan Pusing dan Batu Gajah  yang diwakili oleh para ibu bapa bersama Timb Pengerusi PSM M.Saras menyerahkan memorandum tuntuan yang ditandatangani  oleh 2500 penduduk  kepada Haji Ahmad Baidove B Hj Anuar –Timbalan Pengarah  JKR Perak untuk menyegerakan pembinaan jejantas,,bonggol,memasang papan tanda. Dalam perbincangan tersebut Sarasvathy  juga menegaskan bahawa aspek keselamatan sebelum pembinaan sekolah sepatutnya diselesaikan,namun begitu mengapa pihak JKR begitu cuai

Kempen di tandatangan ‘ TARUH NYAWA TUNTUT ILMU “ di mulakan dua bulan lepas akhibat aduan dari ramai ibubapa dan pelajar ke Pusat Khidmat Rakyat PSM Pusing.

Dimana ketiadaan bonggol,lampu isyarat,garis jalur dan juga papan tanda had laju menangkis segala aspek keselamatan yang sepatutnya ada.Keselamatan pelajar diwar-warkan  saban hari di arus perdana dan juga di sekolah,namun yang berlaku adalah disebaliknya.Aspek ini tidak diendahkan langsung.Malah pengguna jalan raya serta penduduk di sekitar kawasan juga berdepan dengan bahaya.

Dalam memorandum  yang di sampaikan hari ini menyentuh  3 perkara utama  dibangkitkan secara khusus kepada pihak JKR supaya menyegerakan tindakannya, Ianya adalah seperti berikut :-

  1. mahukan bonggol dibina,lampu isyarat dibina serta satu jejantas dibina bagi menjaga keselamatan penduduk serta pelajar.
  1. mengadakan satu lawatan yang segera bagi dengan sendiri melihat keadaan ini yang amat berbahaya kepada pelajar-pelajar.
3 segeranya mengadakan perbincangan dengan Trafik polis kawasan  Batu Gajah untuk meletakkan kawalan polis  pada waktu sekolah bagi  kedua-dua sessi pagi dan  petang  untuk menjaga keselamatan pelajar-pelajar , ibu bapa dan kakiangan sekolah.

Dalam perbincangan hari ini Timbalan Pengarah bejanji akan mengadakan lawatan dan juga buku memorandum yang di tandatangani ribuan penduduk akan di sampaikan kepada Pengarah JKR .

Sarasvathy berkata, pihaknya juga akan berjumpa Tuan Pengarah tidak lama lagi setelah beliau pulang dari lawatan. Pada kami, ini isu serius dan melibatkan nyawa dan masa depan pelajar-pelajar.








No comments:

Post a Comment