Monday 17 October 2011

Penduduk Kampung Pinang Pusing Bersama Suhakam

Penduduk Bersama Suhakam
Pada 17.10.2011 saudari Saras Psm bersama dengan rombongan Suhakam yang diketuai oleh saudara Shani  melawat kawasan perumahan yang diceroboh oleh pemaju NCC Development & Credit Atas insiatif penduduk serta dibantu oleh saudari Saras, Suhakam didatangkan bagi melihat sendiri akan pencerobohan yang melanggar hak asasi manusia.

Saudari Saras bersama En Shaani
Walaupun 3 orang penduduk telah mendapatkan 'stay of excution' terhadap pemaju namun kerja pencerobohan ini masih diteruskan.Penduduk pada 13.10.2011dengan berani turun memberhentikan kerja pencerobohan
ini,mereka menahan lori yang membawa pasir bagi kerja penambakan di sekitar kawasan perumahan.Penduduk kecewa dengan sikap Majlis Daerah Batu Gajah serta Pejabat Tanah yang menyebelahi serta bersengkokol dengan pemaju.Berpuluhan laporan polis telah dibuat namun ia adalah sia-sia sehingga penduduk Kampung Pinang dengan sendiri mempertahankan hak mereka daripada mempercayai tali barut kapitalis ini.En Shaani dari Suhakam amat terkejut dengan pencerobohan serta implikasi yang akan dihadapi oleh penduduk.Kerja penambakan ini boleh mengundang banjir lumpur,malah takungan air kolam yang besar berhampiran dengan kawasan perumahan akan mengundang pembiakaan nyamuk Aedes.Pihak yang seharus memantau perkara ini melilit mata buta,wang pula disumbat ke mulut mereka.Saudari Saras menegaskan bahawa hak perumahan setiap rakyat harus dihormati oleh semua pihak,Malaysia adalah salah satu negara yang menandatangani Human Rights Declaration dimana pengusisran paksa dalam semua bentuk dilarang.Namun begitu Akta Tanah tidak membawa klausa ini ke dalam ataupun ke medan hak asasi.Menteri Besar Perak Zambry seharusnya menggunakan kuasa politik dalam memberikan 2 ekar tanah  kepada penduduk Kampung Pinang Pusing.Penduduk Kampung Pinang Pusing mempunyai segala hak memuntut tuntutan mereka.Hormati hak perumahan penduduk Kampung Pinang Pusing Perak.






No comments:

Post a Comment