Tuesday 18 October 2011

Sinar Harian 18/10/2011
TIMBALAN PENGERUSI PSM SARAS MEMBUAT ADUAN POLIS TERHADAP YANG DI PERTUA MAJLIS DAERAH BATU GAJAH

Kenyataan akhbar  Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG), Datuk Jamry Sury hari ini dalam Sinar Harian  yang mengatakan pemaju berhak menjalankan kerja-kerja di kawasan perumahan  Kg. Pinang Pusing ataupun menunggu keputusan mahkamah ,pihak majlis tidak kena mengena dan itu adalah hak mereka adalah satu kenyataan yang menghina keputusan mahkamah dan juga menghalalkan pencerobohan pemaju tanpa sebarang perintah mahkamah. Berkenaan keputusan mahkamah( stay of execution) yang di benarkan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada 23-9-2011, telahpun dimaklumkan secara rasmi kepada YDP pada 26-9-2011.Tetapi ,YDP hari ini mengesahkan pencerobohan pemaju itu sebagai hak mereka adalah satu pencabulan hak penduduk Kg.ini

Penduduk Kampung Pinang bukan setinggan dan jika pihak pemaju menjalankan kerja-kerja perlu adanya pemilikan kosong dan bukannya surat arahan majlis. Pihak Majlis juga harus menghormati proses undang-undang dan pada masa yang sama Menteri Besar pernah mengarahkan pihak majlis untuk menghentikan kerja-kerja sehingga masalah mereka  di selesaikan.

Maka, kenyataan Yang DiPertua Majlis adalah dengan jelasnya  satu tindakan menghina keputusan mahkamah dan membelakangkan  proses undang--undang. Justeru, Timbalan Pengerusi PSM M.Sarasvathy  akan membuat aduan polis dengan kehadiran wakil penduduk Kg. Pinang terhadap Yang DiPertua Majlis pada 19/10/2011 pukul 10.30 pagi.perkembangan seterus akan dimuat naik

ADUAN POLIS TERHADAP YDP  PADA 19/10/2011    

Aduan polis  = 19/10/2011
terhadap  Dato Haji jamry Bin Haji Sury
Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah


KERANA :  

1.        BERNIAT JAHAT, DISYAKI BERSUBAHAT DENGAN PEMAJU NCC DEVELOPMENT & KREDIT SDN BHD  ,MENGHALALKAN PENCEROBOHAN  , MEMBENARKAN PEMAJU MENJALANKAN KERJA-KERJA DI KAWASAN PERUMAHAN KG PINANG SECARA TIDAK SAH DAN TANPA PERINTAH MAHKAMAH

2.        MENGHINA  KEPUTUSAN MAHKAMAH DAN MEMBELAKANGKAN PROSES
MAHKAMAH  DAN MENAFIKAN HAK PENDUDUK KG.PINANG

3.        MELANGGAR DAN TIDAK MENGHORMATI KEPUTUSAN DAN ARAHAN MENTERI BESAR
,  MENIMBULKAN  KETEGANGAN DAN KACAUGANGGU DI KAMPUNG PINANG.


Saya  Sarasvathy Muthu, selaku Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia(PSM) merepresentasi 14 keluarga Kg.Pinang Pusing,membuat aduan polis ini teradap Yang Di Pertua Majlis Daerah Batu Gajah kerana menghalalkan kerja-kerja pencerobohan pemaju,melakukan penghinaan terhadap keputusan mahkamah,membelakangkan proses mahkamah dan melanggar, tidak menghormati keputusan Menteri Besar dalam isu lot Kediaman 14 keluarga Kg. Pinang Pusing.

Ianya di sahkan dalam kenyataan Akhbar –Sinar Harian keluaran 18-10-2011 muka surat 19 ( FOKUS NEGERI) Yang DiPertua Majlis yang mengatakan bahawa,

……pihak pemaju (syarikat swasta berkenaan telah pun membeli tanah di situ sejak tahun 2003 lalu. …….. pihak MDBG juga telah meluluskan pihak pemaju berkenaan untuk melaksanakan projek di kawasan berkenaan sejak 2004 lagi.

“ Itu adalah hak pemaju,mereka boleh teruskan ataupun menunggu keputusan mahkamah. Kami,di pihak Majlis tidak ada kena mengena, Itu hak mereka( pemaju).

“ Selama ini pun,kami tidak pernah mendesak mereka (pemaju) untuk teruskan dan hentikan projek”  ( RUJUK SALINAN  KERATAN AKHBAR DI LAMPIRKAN- KP-1)

Ini dengan jelas, Pemaju NCC menceroboh kawasan perumahan Kampung Pinang selama ini adalah dengan  restu Yang DiPertua Majlis dan kenyataan seperti di atas adalah dengan jelas menunjukkan bahawa niat jahat dan  Majlis bersekongkol dengan pemaju untuk menjalankan kerja-kerja secara haram dan membelangkan proses undang-undang.(sila rujuk ke FB Saras Psm laporan selanjut)

No comments:

Post a Comment